Make your own free website on Tripod.com

Reese_uptown girl@myzone

FORUM
BIODATA
FAVOURITE LINKS
Longhouse
Keluarga
"EVERGREEN MEMORY"
Reese's Resume
CAMPUS LIFE

ANDA KINI BERADA DI LAMAN WEB http://rizmaureen.tripod.com
 
 
 
DARI MEJA EDITOR..
 
Hi..Selamat sejahtera teman-teman sekalian dan selamat datang ke laman web peribadi Reese_uptown girl@myzone. Diharapkan teman-teman sekalian berada dalam keadaan sihat-sihat hendaknya. Selamat datang ke 'Reese_myzone' website peribadi saya buat teman-teman tercinta dan tersayang.
 
Pertama sekali saya memanjatkan rasa syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia dan kasihNya telah memberikan peluang, kekuatan dan petunjuk kepada saya dalam menyiapkan website ini serta takdir dan keajaiban yang dianugerahkannya sepanjang saya lahir ke dunia ini. Website ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada golongan muda atau generasi baru memangkin pembangunan negara, bangsa dan agama. Secara tidak langsung website ini dapat memupuk semangat kaum muda mudi untuk bersama-sama peka terhadap pembangunan teknologi masa kini selaras dengan kemajuan negara dan dunia globalisasi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni masyarakat seperti cintakan negara, bangsa dan tidak lupa asal usul diri seperti yang diimpikan oleh perdana menteri kita yang ke 5 Datuk Sri Abdulah Ahmad Badawi iaitu pembangunan MODAL INSAN.  Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada teman-teman yang membantu saya dalam apa jua situasi..samada di saat gembira ataupun berduka.. Saya sangat terharu kerana semacam tidak percaya bahawa semester ini adalah semester terakhir saya menuntut di UNITAR(Universiti Tun Abdul Razak). Selama lebih kurang 4 tahun saya berhempas pulas bagi menunaikan impian dan hasrat kedua ibu bapa saya di sini, mencapai cita-cita yang sekian lama terpendam dan kini cita-cita saya itu semakin saya hampiri..syukur kepada tuhan kerana segala susah senang saya di UNITAR selama ini diakhiri dengan kejayaan. Di atas sokongan, dorongan dan perhatian temen-teman saya berasa sangat berterima kasih dan hanya tuhan saja yang dapat membalas budi baik teman-teman.. kalau bukan kerana teman-teman, siapalah saya..Semenjak saya berada di Kuching, saya menganggap teman-teman adalah keluarga kedua saya, tempat saya berkongsi masalah dan meminta bantuan di saat saya berjauhan dengan keluarga.Sebelum saya memulakan karier saya di luar sana tidak lama lagi, sebagai penghargaan buat teman-teman saya ciptakan dan coretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan sepanjang menuntut di UNITAR... Untuk mengenali diri saya dengan lebih mendalam lagi, jangan lepaskan peluang untuk terus melayari website ini kerana website ini sentiasa ada perubahan di "edit" dari semasa ke semasa.
Akhir sekali saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hinggalah ke tapak kaki, memang saya pernah membuat kesilapan dan terkasar bahasa di sepanjang perkenalan dan persahabatan yang kita lalui ataupun seandainya website ini ada yang mengguris perasaan kalian.Kalian pun tahu saya bukan bermaksud demikian dan sebagai manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Atas permintaan ramai teman-teman kalian saya guna  bahasa Malaysia dalam website ni.
 
 
Sekian, terima kasih.

"Usah dikesali perpisahan, sebaliknya kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan perpisahan takkan terjadi. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah dunia dan adat manusia biasa..apa yang penting adalah buang yang keruh dan ambillah yang jernih"

2006-5019.jpg

Saya sentiasa membuat yang terbaik dalam apa jua hasil karya saya dan dari masa ke semasa ada saja maklumat terkini, cerita- cerita terhangat, dan maklumat atau pengalaman yang boleh dikongsikan bersama teman-teman sekalian..

 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Goodbye to you my trusted friends,

We know each other since 2001-2006,

Together we climb hills and trees,

Learn of love and A,B,Cs

Skinned our heart and skinned our knees

Goodbye my friends its hard to die,

When all the birds are singing in the sky,

Now that spring is in the air,

with the children everywhere,

Think of me and I be there,

We had joy we had fun,

We had seasons in the sun,

But the hills that we climb,

Were just seasons out of time..

Lyrics by;

ReeSe Maureen

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bagi meningkatkan taraf, kualiti dan sistem website ini, kalian dialu-alukan untuk mengemukakan komen, cadangan atau bantahan berkaitan dengan apa jua berkaitan website ini dalam segmen "MY OPINION"

powered by lycos
SEARCH:Tripod The Web

Number of visitors:

@ Copyright 2002 http://rizmaureen.tripod.com is a registered trademark of Lycos, Inc. All Rights Reserved.