Make your own free website on Tripod.com

Reese_uptown girl@myzone

BIODATA

FORUM
BIODATA
FAVOURITE LINKS
Longhouse
Keluarga
"EVERGREEN MEMORY"
Reese's Resume
CAMPUS LIFE

LATAR BELAKANG
 
Bagi pengetahuan teman-teman semua, nama penuh saya adalah Doris Maureen Dandi, biasalah kawan-kawan saya tu selalu saja panggil saya Reese(Ris), rasa glamor pulak saya mana tidak teringatkan bintang popular hollywood "Reese Whiterspoon" tu, hehe...perasannya.Saya dilahirkan di hospital Lau King Howe, Sibu pada tahun 1983 dan dibesarkan di Rumah Panjang Ulu Jih, daerah Kanowit. Saya berbangsa Iban tulen, beragama kristin dan terdiri daripada 3 orang adik beradik yang semuanya..perempuan. Saya adalah anak yang kedua dan zodiak Aries lah yang menyinari hidupku.. 
Bercakap mengenai cita-cita, pada mulanya dari sekolah rendah hinnga ke tingkatan 3 saya bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.Selepas memasuki tingkatan 4, saya beralih pula ingin menjadi seorang pensyarah yang berkelulusan Master atau Ijazah Sarjana.Saya akur dengan keputusan PMR saya yang tidak menyebelahi saya untuk masuk ke kelas aliran sains kerana matematik tidak mencukupi syarat.Kegagalan tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha hingga ke hari ini.. Tapi saya tak kisah saya jadi apa suatu hari nanti yang penting saya dapat memberi sumbangan yang bermakna dan berjasa kepada bangsa dan negara.Saya berpegang teguh kepada prinsip " Simple Living, High Thinking". Selain itu saya terdorong dengan mutiara kata yang Miss Bell(Belinda)pensyarah dari Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial laung-laungkan iaitu "Tiada Kegagalan Dalam Hidup ini,Hanya Kejayaan Yang Sering Tertunda-tuda" Memang saya pernah menangguh pengajian selama satu semester sebelum ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang dilalui...tapi berkat kecekalan saya dan  kata-kata sokongan daripada teman-teman telah memulihkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini. Kita sama-sama berusaha dan sama-sama berjaya.Harapan saya ingin menjadi "role model" kepada generasi muda sedang di alam persekolahan atau anak-anak yang bakal bersekolah terutamanya kepada adik saya yang akan menghadapi peperiksaan akan datang. Semoga kejayaan saya juga akan membuka mata dan minda warga ibu bapa betapa pentingnya pelajaran untuk anak-anak mereka pada zaman sekarang.

 

HOBI
 
Saya selalu memenuhi masa lapang dengan membaca, berkaraoke dengan kawan dan melayari internet. Kalau ada masa cuti yang panjang saya takkan melepaskan peluang untuk melancong atau paling tidak pun beriadah. Saya tak memilih sangat tempat saya pergi melancong samada dalam dalam negara, negeri ataupun sekadar jalan-jalan di sekitar bandar pun jadilah..."release tension". Saya selalu jalan-jalan di bandar Sibu dan tempat yang saya tak pernah ketinggalan adalah Wisma Sanyan Shopping Kompleks, Taman Jubli Bukit Aub, Taman Salji dan Explanet Sibu. Kalau teman-teman pergi ke Sibu pergilah ke tempat ni, rugi kalau tak pergi terutama sekali buat mereka yang datang dari jauh. Di Kuching saya pernah pergi Damai, Sematan dan Santubong. Negeri yang pernah saya pergi adalah Melaka dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2003 saya pergi melawat tempat-tempat bersejarah di Melaka seperti Kota A Famosa dan banyak lagi.Masa tu saya sempat juga jalan-jalan sekeliling KLCC, area Chow Kit Road, Sungai Wang dan Petronas Twin Tower sebelum balik ke Kuching sebab kami transit di KLIA.Tempat-tempat di luar negara belum lagi saya lawat tetapi saya sedang merancang ubtuk pergi ke Kalimantan Indonesia. Bab membaca ni, saya suka baca buku sejarah dunia, cerita tentang siri penyiasatan bolehlah sikit dan majalah berinformasi seperti REMAJA, CLEO, WANITA, Majalah Iban Sensasi PEGARI dan banyak lagilah..dan yang paling UTAMA "Daily Bread". Berkaraoke apabila saya boring atau takda kerja nak dibuat.
Waktu petang tu saya suka bermain badminton dan berbasikal.
 

MINAT:
Rancangan televisyen yang saya minati adalah siri penyiasatan, hantu dan romantik boleh juga. Rancangan tv penyiasatan yang saya paling suka adalah X- Files, Crime Scene Investigation and Chicago Hopes dan tidak ketinggalan Emergency Room.Rancangan bersiri hantu pula seperti Dark Water and Ju-On.Cerita romantik yang paling saya minati adalah drama bersiri Korea dan Jepun.Saya meminati semua jenis muzik tak kira muzik traditsional ataupun moden kecuali keroncong.

Pendidikan
Pendidikan awal saya bermula di Sekolah Rendah Pedai, Kanowit.Saya belajar di sini dari darjah satu hinggalah ke darjah enam. Sekolah saya ni terletak kira-kira 5 kilometer dari rumah panjang. Sepanjang saya belajar di sekolah rendah, saya tidak tinggal di asrama sebab Saya tinggal di rumah emak saudara atau makcik saya yang berkhidmat sebagai seorang tukang masak sekolah.Kenangan manis saya di sekolah ini adalah saya selalu saja mengikuti majlis penyampaian hadiah, malah penerima hadiah pelajar terbaik hampir setiap tahun.Di peperiksaan UPSR pula saya merupakan pelajar terbaik di kalangan pelajar darjah 6 pada tahun 1995 walaupun peratusan pencapaian peperiksaan sekolah tidak setanding di peringkat negeri maklumlah..'rural school' katakan..
Di peringkat sekolah menengah pula, saya mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Rahman Yaakub, atau lebih dikenali sebagai SMK Sedaya di kalangan penduduk dari Sibu hinggalah Kapit.Sekolah ini merupakan sekolah tertua di Sarawak, mana tidaknya ia dibina semenjak pemerintahan awal Jepun di Sarawak.Saya bersekolah di sini dari tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5. Di antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan adalah saya merupakan pelajar ke-4 terbaik dalam peperiksaan awam SPM dan mendapat Pangkat 1.
Selepas itu saya meneruskan pelajaran hingga ke peringkat pra universiti atau Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Menengah Rosli Dhoby, Sibu.Saya tidak dapat menyempurnakan pendidikan saya hingga ke 6 Atas sebab selepas cuti pertengahan tahun, masa tu cuti Gawai, saya telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Cawangan Sarawak dan tamat pengajian pada Januari 2006. Sekarang ni masih lagi bertungkus lumus mencari kerjaya tetap.

101_1846.jpg
Suasana dalam bilik kuliah..masa ni kami baru saja "Group Presentation Session" untuk kursus Information System

Bersama teman-teman seperjuangan di UNITAR(Universiti Tun Abdul Razak) Dari Kiri:

Cassie, Dora, Floria, Stephanie, Janita, Winnie & Helen

 
KEGEMARAN
Makanan paling saya suka adalah mi goreng, ayam goreng atau panggang, daun ubi, pekasam dan pulut panggang. Minuman yang saya gemari adalah susu, milo dan teh tarik.Saya seorang yang penggemar coklat dan kek. Kalau birthday atau valentine day nanti bagilah saya coklat..hehe. Warna kegemaran saya adalah pink,ungu lavender, putih, hitam dan biru. (warna-warni)

 IDOLA
Penyanyi diminati:BS, BSB, Wlife,
Pelakon diminati: Drew Barrymore, Welling Tom & Tom Cruise
Tokoh dikagumi: Tan Sri Datuk Sri Dr. Mahathir Bin Mohd & Datuk Sri Rafidah Aziz
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SUKAN:
Saya suka menonton rancangan sukan badminton,rythm gimnastik dan renang.Kalau waktu petang, saya selalu bermain badminton dengan kawan dan anak buah saya.Kadang-kadang saya berbasikal di sekeliling kampung. Itu kalau saya balik kampung, kalau saya kat Sibu atau Kuching ni, saya menghabiskan masa "window shopping" dan jalan-jalan bersama kawan.
 

@ Copyright 2002 http://rizmaureen.tripod.com is a registered trademark of Lycos, Inc. All Rights Reserved.